Monday, 26 September 2022

Macam mana nak ada "home folder" pada kesukaan "Finder"

 Secara lalai tiada maklumat "home folder" pada aplikasi "Finder". Untuk dapatkan "home folder" di "Finder" bolehlah lakukan yang berikut:


1. Buka "Finder"

2.  Finder -> Preferences -> Sidebar dan pilih gambar rumah yang ada nama pengguna anda

3. Lepas tu akan ada laluan pintas ke "home folder" pada "sidebar Finder"



Monday, 19 September 2022

Lompat-lompat dengan SSH Tunnel dan Jump Host



Kita boleh gunakan SSH Tunnel untuk mencapai servis yang terhalang oleh firewall sekiranya SSH ada kebenaran.

1. [anda] -> [pelayan]

Arahan berikut membolehkan untuk access port 80 di pelayan pada port 8080 di komputer sendiri

ssh pengguna@pelayan.com -L 8080:localhost:80

2. Jika perlu guna Jump Host : [anda] -> [Jump Host] -> [pelayan]
Arahan berikut membolehkan untuk access port 80 di pelayan pada port 8080 di komputer sendiri melalui Jump Host
 ssh -J penggunajh@jumphost.com pengguna@pelayan.com -L 8080:localhost:80
Semoga bermanfaat

Memantau Linux dengan atop

Katakan kita nak tau aplikasi apa yang guna CPU tinggi pada 3 pagi tadi.Cara paling mudah ialah dengan menggunakan atop. atop macam top tapi...