Monday 15 February 2021

Macam mana nak buat pod atau deployment tanpa yml

 Di dalam peperiksaan CKA kita tak ada masa untuk buat yaml bagai. Kita perlu tahu bagaimana hendak buat pod atau deployment tanpa yaml.


Contoh soalan:

1. Sila buat pod dengan nama "nginx-1" dengan menggunakan image "nginx:latest"

kubectl run nginx-1 --image=nginx:latest

2. Sila buat deployment dengan nama "application-1" dengan menggunakan image "busybox" dan mempunyai 3 replica

kubectl create deployment application-1 --image=busybox --replicas=3

semoga bermanfaat

Wednesday 3 February 2021

Apa itu VMware vROPS?

 vROPS atau pun nama penuhnya VMware Realize Operations ada tool untuk melihat prestasi ( performance) dan kapasiti sesuatu infra. vROPS boleh menjaga VM, physical server, Hypervisor, Kubernetes, private cloud, public cloud and hybrid dalam satu dashboard!!!


Baca lagi disini:

https://www.vmware.com/asean/products/vrealize-operations.html


Bagaimana untuk monitor physical server

https://docs.vmware.com/en/VMware-vRealize-Operations-Cloud/services/config-guide/GUID-F6F28E11-A5C2-46AC-860D-4F0324E8ADC0.html


Bagaimana untuk monitor TKGI/PKS/Kubernetes

https://blogs.vmware.com/management/2020/06/monitor-tanzu-kubernetes-clusters-using-vrealize-operations.html



Tuesday 2 February 2021

Apa itu VMware NSX?

Apa itu NSX? 

Pada zaman dahulu semua benda fizikal. Pelayan fizikal (Physical Server) dan produk rangkaian seperti router, switch dan firewall pun fizikal. Kemudian datang teknologi untuk virtualizekan pelayan seperti VMware Hypervisor, KVM dan Oracle Virtualbox dan M$ Hyper-V. VMware NSX adalah teknologi untuk virtualizekan produk-produk rankaian dalam satu produk. Ia boleh buat router, switch, port dan firewall dalam bentuk software. Oleh itu ianya lebih mudah untuk upgrade dan tambah kekuatan ( scale up)

Apa beza NSX-V dan NSX-T?

NSX-V adalah versi NSX yang awal. NSX-V atau pun nama penuhnya NSX for vSphere menggambarkan kebolehanya. Ianya hanya boleh digunakan untuk VMware vSphere sahaja. Dikatakan VMware tidak lagi membangunkan versi baru untuk NSX-V

NSX-T adalah versi NSX yang terkini.  Nama penuhnya ialah "NSX Transformers" !!!!!...


Salah seorang Sifu VMware saya mengatakan T pada NSX-T itu boleh bermaksud "Third Party". Ini kerana NSX-T bukan sahaja boleh menguruskan rangkaian VMware vSphere, malah dia boleh menguruskan macam-macam produk seperti KVM, Docker, Kubernetes, Openstack dan AWS workloads. Sila layari yang berikut untuk maklumat lanjut 

https://www.vmware.com/products/nsx.html



Monday 1 February 2021

Syarikat System Integrator untuk Kubernetes





Ini untuk syarikat SI( System Integrator) atau yang nak jadi SI untuk Kubernetes, sekurang-kurangnya kena ada 3 orang jurutera system yang ada CKA baru company tu layak nak masuk grup Kubernetes Certified Service Provider.( KCSP)


Apa bestnya KCSP ni?

1. Nama company tu akan terpampang kat  https://kubernetes.io/partners/ .

2. Di iktiraf sebagai pelopor dan pakar dalam bidang Kubernetes


baca lagi di https://www.cncf.io/certification/kcsp/


Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...