vSphere Availability ( HA)
Adalah fungsi untuk mengadakan HA dengan memantau VM dan Host yang ada dalam Cluster. Sekiranya ada Host yang bermasalah, VM pada Host itu akan dipindahkan kepada Host lain menggunakan vMotion
vSphere Distributed Resource Scheduling (DRS )
Adalah fungsi untuk mengimbang kerja-kerja vm diantara host-host yang ada dalam Cluster. Setiap vm diberikan markah. VM yang mempunyai markah yang rendah menunjukan VM tersebut tidak bahagia pada host tersebut dan merupakan calon yang akan dipindahkan kepada host lain menggunakan vMotion.
vSphere Fault Tolerance (FT)
Adalah fungsi untuk memastikan kewujudan sesuatu VM dengan mengadakan “secondary VM” pada host lain. Sekiranya VM yang asal “primary VM” tidak berfungsi, “secondary VM” akan mengambil alih tugas primary VM serte-merta.
Note: Maksimum boleh 4 vCPU
Bila nak guna FT?
1. Untuk aplikasi yang sangant kritikal dan perlu sentiasa wujud
2. Untuk aplikasi yang tidak boleh diklusterkan
3. Untuk aplikasi yang susah untuk diHAkan
No comments:
Post a Comment