Thursday 29 April 2021

Macam mana nak dandan top cpu/memory dari kubectl

 Jika kita cuba susun output "kubectl top" dari beberapa namespace di K8s, nanti susunanya akan carca marba. Ini kerana kubectl hanya boleh susun top untuk satu namespace sahaja. Contoh susunanan yang carca-marba dari arahan ini:-

kubectl top pod -A --sort-by=cpu

Untuk betulkan keadaan ini saya nak kongsikan script untuk susun top mengikut susunan yang dikehendaki.

Top berdasarkan susunan CPU
kubectl top pod -A | grep NAMESPACE; kubectl top pod -A | grep -v NAMESPACE | sort --reverse --key 3 --numeric



Top berdasarkan susunan memory
kubectl top pod -A | grep NAMESPACE; kubectl top pod -A | grep -v NAMESPACE | sort --reverse --key 4 --numeric


Monday 26 April 2021

Macam mana nak buat bodo di Linux adan Windows

Kadang-kadang kita ada keperluan untuk buat fail bodo ( dummy file) untuk menguji sesuatu. Kita perlukan file bodo (dummy file) kerana kita boleh buat saiz yang kita kehendaki. Ada banyak cara tetapi saya nak kongsikan cara yang paling mudah.


1. Linux: truncate -s <size> filename

Contoh: untuk create fail nama pandai15MB dan saizny 151B

truncate -s 15MB pandai15MB
ls -lah pandai15MB
-rw-r--r-- 1 jeffry jeffry 15M Apr 27 11:02 pandai15MB


2. Windows: fsutil file createnew <filename> <size in bytes>

Contoh: untuk create fail namanya bodo15MB dan saiznya 15GB

D:\>fsutil file createnew bodo15MB 15728640
File D:\bodo15mb is created

D:\>dir bodo15MB
 Volume in drive D is MyData
 Volume Serial Number is D611-D456

 Directory of D:\

04/27/2021  11:00 AM        15,728,640 bodo15MB
               1 File(s)     15,728,640 bytes
               0 Dir(s)  261,537,914,880 bytes free

D:\>

Macam mana nak betulkan WSL2 yang tiada rangkaian bila on VPN

 Sejak dua menjak ni WSL2 tiada rangkai apabila kita On VPN. Berikut adalah jalan penyelesaian (workaround) untuk masalah ini.

1. OFFkan VPN

2. Buka CMD.EXE sebagai Administrator dan "Disablekan" vEthernet dengan melarikan arahan yang berikut:

netsh interface set interface "vEthernet (Default Switch)" disable
netsh interface set interface "vEthernet (WSL)" disable

3. ONkan VPN

4. "Enablekan" vEtherner
netsh interface set interface "vEthernet (Default Switch)" enable
netsh interface set interface "vEthernet (WSL)" enable

Sampai langkah #4 sudah ada rangkaian tetapi tiada DNS server untuk WSL ini. Untuk resolve hostname sila ke langkah seterusnya...

5. Buka WLS2 dan masukan DNS definition di /etc/resolv.conf. Boleh guna DNS opis anda atau google public DNS "8.8.8.8". Kena sudo ke root dan vi. Contoh:
sudo vi /etc/resolv.conf
nameserver 8.8.8.8


6. Sekarang dah boleh ping hostname


Sunday 25 April 2021

Apa nak buat kalau WSL2 tiada rankaian Internet?

 Jika WSL2 ada masalah rankaian, boleh cuba untuk reset rangkaian sistem operasi Windows. Buatlah langkah-langkah yang berikut:-


1. Larikan CMD.EXE sebagai Administrator dan larikan arahan-arahan yang berikut

wsl --shutdown
netsh winsock reset
netsh int ip reset all
netsh winhttp reset proxy
ipconfig /flushdns

2. Cari applikasi "Network Reset" and tekan butang "Reset Now"


3. Apa lagi, rebootlah!! :).. Windwos Logo -> Restart





Rujukan:

Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...