Monday 26 April 2021

Macam mana nak betulkan WSL2 yang tiada rangkaian bila on VPN

 Sejak dua menjak ni WSL2 tiada rangkai apabila kita On VPN. Berikut adalah jalan penyelesaian (workaround) untuk masalah ini.

1. OFFkan VPN

2. Buka CMD.EXE sebagai Administrator dan "Disablekan" vEthernet dengan melarikan arahan yang berikut:

netsh interface set interface "vEthernet (Default Switch)" disable
netsh interface set interface "vEthernet (WSL)" disable

3. ONkan VPN

4. "Enablekan" vEtherner
netsh interface set interface "vEthernet (Default Switch)" enable
netsh interface set interface "vEthernet (WSL)" enable

Sampai langkah #4 sudah ada rangkaian tetapi tiada DNS server untuk WSL ini. Untuk resolve hostname sila ke langkah seterusnya...

5. Buka WLS2 dan masukan DNS definition di /etc/resolv.conf. Boleh guna DNS opis anda atau google public DNS "8.8.8.8". Kena sudo ke root dan vi. Contoh:
sudo vi /etc/resolv.conf
nameserver 8.8.8.8


6. Sekarang dah boleh ping hostname


No comments:

Post a Comment

Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...