Friday 27 May 2022

Macam mana nak menyulitkan cakera keras

 Ada pelbagai cara nak menyulitkan cakera keras. Dia antaranya adalah seperti berikut:-


Linux: LUKS (including swap)

macOS: FileVault

Windows: BitLocker


Langkah2 untuk macOS sangat mudah dan bergaya :)

Pilih () System Preferences, dan klik Security & Privacy.

Klik FileVault tab.

Klik mangga dan masukan kata kekunci

Klik Turn On FileVault.




Monday 23 May 2022

Macam mana nak rekod skrin di Macbook

 Macbook datang sekali dengan Quicktime yang sangat ohsem. Kita boleh guna ni untuk record


1. Cari Quicktime


2. Pilih record screen



3. Nak hentikan rakaman nanti boleh klik butang stop kat bar atas. Klik tu dan rakaman atan dihentikan. Lokasi lalai untuk fail rakaman ialah di Desktop


Contoh rakaman



Friday 20 May 2022

Macam mana nak buat docker image x86 di Macbook M1?

 



Secara lalai, jika kita buat docker image di M1, ia akan buat docker image untuk M1 a.k.a ARM

docker build -t mynginx .

Kalau nak buat  Docker image untuk x86 di M1, kena tambah --platform=linux/amd64

docker build --platform=linux/amd64 -t mynginx .


Tested on Centos7:






Tuesday 10 May 2022

sed inplace Mac vs Linux

Ada beza sed inplace dia Mac dan Linux. sed in place di Mac wajib ada backup!!! Kalau tak letak backup nanti dapat error "undefined label". 


Mac

sed -i '.bak' 's/lama/baru/g' namafail


Mac ( kalau berdegil tak nak backup kena letak extension kosong )

sed -i '' 's/lama/baru/g' namafail


Linux ( tak perlu backup )

sed -i 's/lama/baru/g' namafail


Linux ( kalau nak backup)

sed -ibak 's/lama/baru/g' namafail


Rujukan Manpage Sed Mac ( kiri)  dan Manpage Sed Linux (kanan)




Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...