Thursday 31 March 2022

Macam mana nak tulis Jawi dan tambah bahasa lain di Macbook

 Kita boleh tambah pelbagai bahasa di Macbook termasuk tulisan Jawi. Berikut adalah langkah-langkahnya:


1. Klik ikon kekunci di atas bar dan klik "Open Keyboard Preferences..."


2. Klik ikon "+"


3. Cari "Malay(Arabic) " dan klik "Add"


4. Klik ikon kekunci dan pilih Jawi untuk tulis Jawi. ( shotcut ialah butang Fn yang ada gambar bumi tu)



5. Jika perlu rujukan posisi huruf, klik ikon kekunci dan klik "Show Keyboard Viewer"



سلامت منچوبا

Wednesday 23 March 2022

Perlepasan bagi terminal untuk pergi ke mana-mana

Secara lalai aplikasi terminal di Mac tak boleh merayau kemana-mana selain direktori home. Jika anda cuba merayau ke tempat yang dilarang anda akan terima ralat "Operation not permitted" seperti dibawah



Untuk membetulkan situasi ini anda perlu memberi perlepasan bagi aplikasi terminal untuk merayau kemana-mana. Lakukan langkah-langkah yang berikut:

1. Buah Epal -> "System Preferences"-> "Security & Privacy"


2. Pilih "Full Disk Access", klik mangga  dan tik aplikasi yang hendak di beri perlepasan. Saya memberi perlepasan kepada aplikasi iTerm



3. Jangan lupa kunci semula setalah dah buat kerja



4. Cuba kembali untuk merayau-rayau. Selamat mencuba



Tuesday 15 March 2022

Boleh ker pakai notepad++ kat Macbook?

 Mohon maaf banyak-banyak dan jangan nangis jika anda baru tau Notepad++ tak ada untuk Macbook 😅


Notepad++ adalah aplikasi asli Windows. Oleh itu memang tak boleh dilarikan pada Mac. Kalau nak jugak kena guna Wine tapi buat apa nak susah-susah macam tu. 



Ada banyak alternatif untuk Notepad++ di Mac . Salah satunya ialah TextMate. Ringan dan cepat macam Notepad++!!


https://macromates.com

Sunday 13 March 2022

Macam mana nak check tkgi expired certs

 Larikan URL yang berikut di browser. Tukarkan opsman.com kepada url opsman anda

https://opsman.com/api/v0/deployed/certificates?expires_within=6m
Contoh:



Macam mana nak larikan arahan "docker" di worker node TKGI

 Arahan docker tiada di PATH worker node TKGI. Untuk melarikan arahan docker kita perlu pasangkan alias yang berikut

alias docker='/var/vcap/packages/docker/bin/docker -H unix:///var/vcap/sys/run/docker/dockerd.sock'

Thursday 10 March 2022

Macam mana nak nyah amaran "LC_CTYPE: cannot change locale (UTF-8): No such file or directory"

 Secara lalai ( default ) bila ssh dari Macbook ke Linux akan dapat amaran yang berikut


Untuk elakan sakit mata dan sakit hadi eloklah kita hilangkan amaran ini. Untuk nyahkan amaran ini bubuh yang berikut didalam .zshrc

export LC_ALL=en_US.UTF-8  
export LANG=en_US.UTF-8

Pastu logout dari terminal atau ..
source .zshrc

Pastu boleh SSH ke Linux tanpa penyakit mata dan hati . Selamat mencuba :)


Sunday 6 March 2022

Jika worker node TKGI dilabel stopped tetapi semua monit jobs jalan

Kadang2 worker nodes masih dilihat sebagai stopped akan tetapi semua service di monit running. Ini kerana ianya dilabel  stopped  oleh Bosh tetapi semua jobs sudah jalan. 

bosh vms


monit summary


Untuk selesaikan masalah ini boleh buang file yang digunakan untuk bosh untuk melebel worker node tersebut

rm /var/vcap/monit/stopped 

Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...