Monday 30 November 2020

Apakah perbezaan di antara "collaborate" dan "cooperate"

 Di tempat kerja kita selalu menggunakan perkataan ini bila kita cakap orang putih. Tapi apakah perbezaanya? 


Collaborate = 1 + 1 > 1

Collaborate ialah bila kita berkerja sama untuk mencapai matlamat yang sama. 

Contoh ( diinspirasikan dari kisah sebenar aplikasi Percaya :) : 

Jurutera Devops menyediakan K8s( Kubernetes ) yang mempunyai beberapa node. Pengaturcara membuat aplikasi yang cloud native iaitu jika satu node K8s mati, aplikasi itu boleh pindah ke node K8s yang lain. Pengaturcara dan jurutera devops berkerja sama untuk memastikan uptime untuk sesuatu aplikasi mantap. Satu matlamat.


Cooperate = 1 + 1 < 1

Cooperate ialah bila kita memberi kerja sama untuk membantu orang lain mencapai matlamatnya.

Contoh:

Jurutera devops hendak menaik taraf versi K8s. Dia memerlukan bantuan pasukan firewall untuk buka beberapa polisi firewall. Setelah pasukan firewall telah membuka firewall, jurutera devop boleh mula kerja dan siapkan kerja naik taraf tersebut. Jurutera devops and pasukan firewall ada 2 matlamat yang berbeza. Jurutera devops hendak menaik taraf K8s manakala pasukan firewall hendak membuka firewall yang dipinta oleh jurutera devops.

Android studio ada masalan sdk license not accepted

Jika kali pertama menggunakan Android Studio, kemungkinan akan terkena ralat "SDK license not accepted". Ini berlaku bila kita nak kompile apa-apa project Android:



Yang paling sakit hati bila official documentation tak sebut pun tatacara untuk selesaikan isu ini. Nak kena google juga. Untuk selesaikan masalah ini pergi ke folder Android SDK. Secara lalai ianya akan berada pada lokasi:
C:\Users\<User Name>\AppData\Local\Android\Sdk\tool\bin

dan larikan command berikut and "accept" semua licenses
sdkmanager --licenses




Tuesday 10 November 2020

Macam mana nak delete file lama kat Linux

 Kita boleh gunakan find untuk padam fail lama. Caranya adalah seperti berikut

find <lokasi file> -mtime +<usia fail yang hendak di padam> -type f -delete

Arahan berikut akan memadam semua fail yang berada di /usr/log/ yang berusia lebih dari 30 hari

find /usr/log/ -mtime +30 -type f -delete
contoh:-

Dalam contoh ini saya padal semua fail yang berusia lebih dari 30 daripada  /home/jeffry/workspace/delete.


semoga bermanfaat


Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...