Friday 26 May 2023

Mesin Maya untuk Macbook M1

Jika korang nak Mesin Maya (Virtual Machine) atas Macbook M1 secara percuma, boleh cuba UTM https://mac.getutm.app/ . Ada 2 versi. Satu dari App Store dan satu download dari Github. Keduanya sama sahaja cuma yang dari App Store kena bayar dan bayaran tu untuk support pembikinan aplikasi ini. 

  1. Nak pasang macam biasa, download dia punya dmg dan drag masuk kedalam app
  2. Pastu pilih image apa yang nak guna https://mac.getutm.app/gallery/ . Boleh download dan ada image yang boleh run direct. Saya cuba Arch Linux...
       

3. Pastu picit butang play 


4. Login. Untuk buatkan pacman boleh berfungsi larikan arahan ini dulu

pacman -Syu update


5. Kali ini saya cuba install screenfetch dan menggunakannya

pacman -S screenfetch




Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...