Thursday 28 December 2023

Macam mana untuk memohon penutupan account Unifi di lama selfcare mereka sekitar tahun 2023 Masihi

How to terminate Unifi account as of 2023 

Yeah... dah jumpa cara untuk terminate account Unifi!!!



Berikut adalah langkah2 untuk memohon penutupan account Unifi di sesawang selfcare portal mereka. Cari account yang nak ditutup, click "View Service" yang ada pada account tersebut. 


Tatal ke bawah sehingga berjumpa pautan "Request Termination". Klik pautan tersebut. 



Lepas tu sila hadap cerita sedih mereka yang sesal kita nak tutup account, beberapa borang and soalan-soalan. Perlu diingatkan ini baru "permohonan untuk pembatalan ye" bukan pembatalan. Ianya mengambil masa ye seperti yang dinyatakan oleh mereka


Teruskan usaha sehingga sampai ke laman pengesahan "permohonan untuk pembatalan".


Sekian terima kasih. Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Ameen



Thursday 14 December 2023

Tekan-tekan tak dapat

 

Gambar: AI bing/create

Hari ni aku cuba untuk grep keluaran dari curl dengan opsyen verbose. Aku cuba 2-3 kali tapi tak dapat. Apa hal ni?!!!@#$%^ .. Aku pun google la sebab apa. Rupanya keluaran dari curl bukan pada stdout tapi pada stderr. Tapi grep hanya boleh tangkap keluaran pada stdout. Oleh itu kita kena buat keluaran curl pada stdout dengan opsyen "--stderr -".

Contoh berikut ialah untuk grep siapa yang keluarkan cert untuk google.com

# curl -vvv -s https://www.google.com --stderr - | grep issuer
*     issuer: CN=GTS CA 1C3,O=Google Trust Services LLC,C=US

Semoga bemanfaat.


Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...