Wednesday 2 December 2020

Macam mana nak pastikan jenis dan model server tanpa root?

 Untuk Linux yang modern kita boleh larikan command yang berikut untuk tau jenis dan model server tanpa akaun root:-

Jenis

cat /sys/devices/virtual/dmi/id/sys_vendor

Model

cat /sys/devices/virtual/dmi/id/product_name

Tuesday 1 December 2020

Kesan tembikai pada SLA


 

Kesan Tembikai atau pun "The Watermelon Effect" ialah keadaan bila yang memberi servis mencapai SLA akan tetapi yang menggunakan servis itu tidak berpuas hati. Yang memberi servis boleh dikatakan syok sendiri. Contoh, suatu syarikat siaran TV. Katakan ia mempunyai SLA 99% uptime dan ia berjaya mencapai uptime tersebut. Akan tetapi 1% downtime tu berlaku pada musim Piala Dunia bola sepak atau pun pada perlawanan Khabib Nurmagomedov. Sudah tentu pengguna syarikat siaran TV itu tidak akan rasa gembira. Ini sama seperti buah tembikai. Kulitnya hijau ( SLA pemberi servis hijau) akan tetapi isinya merah ( Pengguna hangin )


Untuk elakan kesan tembikai ini pemberi servis kena bekerja sama dengan pengguna untuk mendapatkan SLA yang betul. Pemberi servis tak boleh syok sendiri

Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...