Tuesday 3 August 2021

Apa itu Virtual Switch, VSS dan VDS?

 


Secara amnya, Virtual Switch ialah penghubung rangkaian di antara VM dengan VM dan VM dengan NIC physical hosts. vSphere ada 2 jenis Virtual Swicth

1. vNetwork Standard Switch ( VSS) @ vSwitch

2. vNetwork Distributed Switch ( VDS) @ dvSwitch


vNetwork Standard Switch ( VSS)

VSS ialah virtual switch yang ada pada setiap ESXi host. Tetapan untuk VSS dilakukan pada setiap ESXi host. 




vNetwork Distributed Switch ( VDS)


VDS ialah virtual switch yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Data dan Management. VDS-Data ada pada setiap ESXi host. Tetapan untuk VDS dilakukan oleh VDS-Management pada vCenter. 


Nota:

VDS memerlukan vCenter untuk setup dan lesen " vSphere Enterprise Plus"

NSXt memerlukan VDS

Lebih mudah kerana Central Management 

Setiap vCenter boleh support 128 VDS

Setaip VSD boleh support 500 hosts


Fungsi-fungsi yang hanya ada pada VDS:

Network I/O Control 

SR-IOV

BPDU filter

Load Based Teaming

Private VLAN


Apa jadi pada VDS kalau vCenter kaput?

Rangkaian vSphere masih berjalan seperti biasa. Ini kerana semua kerja-kerjan rangkaian dilakukan di VDS-Data dan VDS-Data ada salinan lokal untuk tetapan VDS. Bila vCenter dah pulih dan hidup semula, semua tetapan lokal di ESXi akan di hapdet kat vCenter . Terbaik kan?

No comments:

Post a Comment

Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...