Monday 30 August 2021

VCP-DCV 2021


VCP-DCV 2021

VCP bermaksud VMware Certified Profesional. Ada banyak jenis VPC, VPC-DCV khusus untuk mengmayakan data center. VCP-DCV 2021 pula bermaksud VMware Certified Profesional - Data Center Virtualization bagi tahun 2021. Teknologi data center sering berubah, versi tahun pada VCP berhubung dengan teknologi yang dikeluarkan oleh VMvare pada tahun itu.  Ini merupakan sijil profesional untuk jurutera system yang menjaga vSphere ( ESXi dan vCenter).


Bagaimana untuk mendapatkannya?

1. Mengambil kursus yang diwajibkan

Jika calon mempunyai VCP-DCV 2020, calon itu hanya perlu untuk mengambil kursus yang berkaitan dengan VCP-DCV 2021 untuk mengemaskini ilmu dan sijil.

Untuk calon yang baru diwajibkan untuk mengambil salah satu daripada kursus2 yang berikut:-



2. Membuat presediaan untuk mengambil peperiksaan

Untuk latihan amali boleh layari https://labs.hol.vmware.com/ dan cari latihan yang berikut



Untuk latihan menjawab korang boleh cari dari Internet. Saya guna yang ini

https://www.examtopics.com/



3. Mendaftar untuk peperiksaan di sini 

https://mylearn.vmware.com/api/?mL_method=sso&h=1622&target=PearsonVue&p=viewAppointmentActivity


Semoga bermanfaat

Sunday 22 August 2021

Memindahkan sijil vaksinasi kepada tanggungan

Amaran:  Kalau ada masalah dengan mysejahtera boleh hubung help line mySejahter. Kaedah ini adalah hasil dari cuba-jaya. Segala kerosakan disebabkan oleh kaedah ini kena tanggung sendiri.

 Salah satu masalah sijil vaksinasi ialah untuk mereka yang mendaftarkan tanggungan ( dependent ) pada fon mereka, sijil vaksinasi tu kelak akan berada pada fon mereka apabila vaksinasi telah selesai 2 dos. Tutorial kali ini ialah kaifiat untuk memindahkan sijil tersebut kepada fon tanggungan.

Terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada Heng untuk RnDkan kaedah ini, Nina untuk cuba dan isteri saya yang dikasihi untuk beri saya kesempatan untuk melakukan pemindahan sijil ini.

Pada tutorial ini saya akan pindahkan sijil dan maklumat isteri pada fon saya kepada fon beliau.


1. Saya perlu padam tanggungan vaksin pada mySejahtera di fon saya. Langkah-lankahnya adalah seperti berikut.






2. Langkah seterusnya ialah pada fon yang kedua, iaitu fon isteri saya. Pada fon ini saya kena refresh profil dan mendaftar vaksinisasi lagi sekali.


refresh profil





Mendaftar semula maklumat vaksinisasi






Jika berjaya nanti maklumat vaksinasi akan ada. 


Di profil juga akan ada sijil vaksinisasi



Sekian :)

Friday 13 August 2021

Apa ada dengan DRS Affinity?

 

Dari segi bahasa maksud "affinity" ialah perasaan suka untuk bersama. Dari segi istilah komputer pula ia bermaksud 2 object dibolehkan bersama. Untuk 2 object tidak boleh bersama dipanggil "anti-affinity"

Pada vSphere ada 2 jenis affinity pada cluster DRS

1. Hukum VM-HOST Affinity

Hukum ini boleh digunakan untuk kawal dimana sekumpulan VM ditempatkan. Contohnya, kita boleh pastikan VM01, VM02 dan VM03 duduk di Host A atau kita boleh gunakan hukum ini untuk pastikan VM01, VM02 dan VM03 tidak duduk di Host B ( anti-affinity ).


2. Hukum VM-VM Affinity

Hukum ini boleh digunakn untuk kawal kedudukan 2 VM. Contohnya kita boleh pastikan VM01 dan VM02 untuk duduk di Host A atau kita boleh gunakan hukum ini untuk pastikan VM01 dan VM04 tidak duduk dalam host yang sama ( anti-affinity )


Rujukan:

https://docs.vmware.com/en/VMware-vSphere/7.0/com.vmware.vsphere.resmgmt.doc/GUID-FF28F29C-8B67-4EFF-A2EF-63B3537E6934.html


Thursday 12 August 2021

Apa beza esxtop, resxtop dan vimtop?

 Kesemua esxtop, resxtop dan vimtop adalah command line yang serupa dengan "unix top". Ianya digunakan untuk melihat penggunaan CPU, Memory dan sebagainya pada sistem. Bezanya hanyalah dimana ia digunakan dan untuk melihat system apa.


esxtop : untuk melihat penggunaanan  CPU, Memory dan Disk I/O untuk ESXi. Perlu login ke ESXi shell sebagai root


resxtop : untuk melihat penggunaanan  CPU, Memory dan Disk I/O untuk ESXi. Ianya sama seperti esxtop top tetapi ianya dilarikan pada sistem Linux secara remote ke ESXi. 

resxtop --server <hostname> --username <user>
Sample of esxtop/resxtop


vimtop: untuk melihat penggunaanan  CPU, Memory dan Disk I/O untuk vCenter 6.0 jenis VCSA ( Bukan Windows ). Perlu login ke vCenter shell sebagai root

Sample of vimtop

Monday 9 August 2021

Apa beza vMotion dan Storage vMotion?

 


vMotion ialah teknologi dari VMware untuk memindahkan VM dari satu host kepada host yang lain secara langsung dan tanpa ada ganguan servis. Apa yang dipindahkan ialah CPU dan Memory VM tersebut. Sebagai contoh, VM yang berada pada Host A boleh dipindahkan kepada Host B

Storage vMotion ialah teknologi dari VMware untuk memindahkan storage VM dari satu Datastore kepada Datastore yang lain secara langsung dan tanpa ada ganguan service. Sebagian contoh VM yang berada pada Host A menyimpan datanya pada Datastore A. Simpanan VM ni boleh dipindahkan kepada Datastore B.



Saturday 7 August 2021

Guest OS berlari di atas Virtual Hardware

 


Setiap Guest OS ( Sistem operasi di dalam VM; Windwos, Linux, dan lain-lain) hanya nampak hardware. Ianya tak tahu yang hardware it sebenarnya hanyalah virtual hardware dan bukanya fizikal hardware. Semua VM dan vSphere akan menggunakan jenis virtual hardware yang sama kecuali dengan beberapa tetapan yang boleh ubah seperti CPU, Memory dan sebagainya.




Versi Virtual Hardware di vSphere



Had untuk CPU dan memory bagi VM/Virtual Hardware dan Host



Friday 6 August 2021

Mengekalkan sifar pada pangkal nombor di Google sheet atau M$ excel

 Untuk mengekalan sifar pada pangkal nombor di Google sheet atau M$ excel, kita boleh meletakan tanda petik tunggal ( single quote) pada awalnya.

Contoh: Jika kita letak '007 nanti pada Sheet akan jadi 007




Hai, nama saya DCUI

 


Nama installer ESXi ialah Direct Console User Interface a.k.a DCUI.  


Thursday 5 August 2021

Jenis-jenis Virtual Disk provisioning

 


Ada 3 jenis provisioning untuk virtual disk di vSphere

1. Thin Provisioning: Thin provisioning hanya buat disk berdasarkan kegunaan. Katakan kita buat satu virtual disk jenis Thin Provisioning bersaiz 40GB tetapi pakai 10GB sahaja. Disk itu ( VMDK file )  akan bersaiz 10GB pada permulaan. Disk itu boleh membesar hingga 40GB

2. Thick Provisioning: Thick provisioning akan buat disk berdasarkan saiz yang ditetapkan. Katakan kita buat satu virtual disk jenis Thick Provisioning bersaiz 40GB. Disk itu ( VMDK file ) akan bersaiz 40GB. Thick Provisioning ada 2 jenis: 

  i. Eger Zero: Bahagian disk yang tidak digunakan dipenuhi dengan angka sifar. Ini adadalah untuk menghilangkan data-data lama yangada

  ii. Lazy Zero: Bahagian disk yang tidak digunakan dibiarkan sahaja. 

Wednesday 4 August 2021

ESXi Lockdown Mode

Lockdown mode adalah pilihan untuk menambah security pada ESXi host. Jika ianya enable hanya vCenter sahaja yang boleh access host tersebut. Oleh itu, syarat untuk menggunakan Lockdown mode adalah kena ada vCenter!


Macam mana nak enable Lockdown Mode




Jenis-jenis Lockdown Mode




Nota: Jika Lockdown Mode Strict dipilih service "Direct Console UI" akan diberhentikan. SSH masih ada untuk "execptions users" yang mungkin diperlukan oleh 3rd party tools.



Tuesday 3 August 2021

Apa itu Virtual Switch, VSS dan VDS?

 


Secara amnya, Virtual Switch ialah penghubung rangkaian di antara VM dengan VM dan VM dengan NIC physical hosts. vSphere ada 2 jenis Virtual Swicth

1. vNetwork Standard Switch ( VSS) @ vSwitch

2. vNetwork Distributed Switch ( VDS) @ dvSwitch


vNetwork Standard Switch ( VSS)

VSS ialah virtual switch yang ada pada setiap ESXi host. Tetapan untuk VSS dilakukan pada setiap ESXi host. 




vNetwork Distributed Switch ( VDS)


VDS ialah virtual switch yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Data dan Management. VDS-Data ada pada setiap ESXi host. Tetapan untuk VDS dilakukan oleh VDS-Management pada vCenter. 


Nota:

VDS memerlukan vCenter untuk setup dan lesen " vSphere Enterprise Plus"

NSXt memerlukan VDS

Lebih mudah kerana Central Management 

Setiap vCenter boleh support 128 VDS

Setaip VSD boleh support 500 hosts


Fungsi-fungsi yang hanya ada pada VDS:

Network I/O Control 

SR-IOV

BPDU filter

Load Based Teaming

Private VLAN


Apa jadi pada VDS kalau vCenter kaput?

Rangkaian vSphere masih berjalan seperti biasa. Ini kerana semua kerja-kerjan rangkaian dilakukan di VDS-Data dan VDS-Data ada salinan lokal untuk tetapan VDS. Bila vCenter dah pulih dan hidup semula, semua tetapan lokal di ESXi akan di hapdet kat vCenter . Terbaik kan?

Apakah Share, Limit dan Reservation untuk CPU dan Memory di vSphere?

 



Kita boleh tetapkan Shares, Reservation dan Limit untuk CPU dan Memory di vSphere. Semua ini adalah tetapan untuk mengawal penggunaan CPU and Memory.

Shares: Suatu markah keutaaam untuk mendapatkan nisbah CPU atau Memory. Katakan ada 4 CPU dan 3 VM. CPU akan diagihkan ikut nisbah Shares. VM01 punya Shares ialah 2000, VM02 punya Shares ialah 1000 dan VM03 punya Shares ialah 1000.

VM01 akan dapat 2 CPU, VM02 akan dapat 1CPU dan VM03 akan dapat 1CPU

Reservation: Suatu nilai untuk memastikan CPU dan Memory ada untuk hidupkan VM. Sekiranya nilai Reservation tidak dapat dipenuhi, VM itu tidak boleh dihidupkan.

Limit: Suatu nilai untuk menghadkan penggunaan CPU dan Memory. VM tidak boleh guna CPU dan Memory lebih dari had Limit yang telah ditetapkan


Note: Pada Kubernetes pun ada konsep seperti Reservation dan Limit dibawah tajuk "Resource Quota". Pada Kubernetes Reservation ialah Request dan Limit ialah Limit juga

Monday 2 August 2021

Apa ada dengan vSphere HA, DRS and FT?

 


vSphere Availability ( HA)
Adalah fungsi untuk mengadakan HA dengan memantau VM dan Host yang ada dalam Cluster.  Sekiranya ada Host yang bermasalah, VM pada Host itu akan dipindahkan kepada Host lain menggunakan vMotion

vSphere  Distributed Resource Scheduling (DRS )
Adalah fungsi untuk mengimbang kerja-kerja  vm diantara host-host yang ada dalam Cluster. Setiap vm diberikan markah. VM yang mempunyai markah yang rendah menunjukan VM tersebut tidak bahagia pada host tersebut dan merupakan calon yang akan dipindahkan kepada host lain menggunakan vMotion.

vSphere Fault Tolerance (FT)
Adalah fungsi untuk memastikan kewujudan sesuatu VM dengan mengadakan “secondary VM” pada host lain. Sekiranya VM yang asal “primary VM” tidak berfungsi, “secondary VM” akan mengambil alih tugas primary VM serte-merta.
Note: Maksimum boleh 4 vCPU

Bila nak guna FT?
1. Untuk  aplikasi yang sangant kritikal dan perlu sentiasa wujud
2. Untuk aplikasi yang tidak boleh diklusterkan
3. Untuk aplikasi yang susah untuk diHAkan


Apa beza VMware Host Client and vSphere Web Client?

 


VMware Host Client ialah web interface untuk memasuki ESXi selain daripada SSH. Jika ada 10 host, kena masuk 10 VMware Host Client untuk kerjakan host-host tersebut.


 vSphere Web Client ialah web interface untuk memasuki vCenter. Jika ada 10 host, kita boleh admin 10 host tersebut dari vSphere Web Client sebagai pusat kawalan. Selalunya kita akan guna vSphere Web Client untuk kerja-kerja operasi kerana ianya lebih mudah untuk kawal banyak host dari 1 pusat kawalan. Kita hanya guna VMware Host Client sekiranya ada masalah dengan vSphere Web Client!! atau ada fungsi yang vSphere Web Client tak boleh buat. 

*bahasa pasar untuk vSphere Web Client ialah vCenter.  Kita org tak pernah sebut vSphere Web Client nie sampailah nak ambik exam VCP-DCV nih :p (propa!).

Sunday 1 August 2021

Cara untuk bina Virtualize Data Center

 Untuk membina Virtualize Data Center dengan produk VMware ialah dengan menyiapkan vSphere . Ingat vSphere adalah suite dan didalamnya ada komponen-komponen yang diperlukan untuk virtualizekan server dan datacenter. 

Secara amnya vSphere ada dua component utama hypervisor dan pengurus hypervisor. Hypervisor  dalam cerita ini ialah ESXi dan pengurusnya iaah vCenter. 

Berikut ialah carta aliran bagi langkah-langkah untuk membina vShpere


Size deployment untuk vCenter. CPU dan Memory untuk vCenter bergantung kepada berapa hosts dan vm yang akan dijaga oleh vCenter. Prasyarat berikut adalah dari manual rasmi vmware "vCenter ServerInstallation and Setup - VMware vSphere 7.0 "



Info tambahan:
Pemasangan ESXi  = 15 minit
Pemasangan vCenter = 45 minit

Katakan kita nak bina DC bersize celah gigi dengan 15 host , masa kasar yang diperlukan ialah
ESXI ( 15 minit x 15 ) + vCenter ( 45 minit ) = 270 minit = 4 jam 30 minit.

15 hosts ni boleh menampung  250 vms atau 20 -30 kluster Kubernetes * Ini bergantung juga pada berapa power hosts tu. Ini hanyalah anggaran kasar!.

Semoga bermanfaat. 

Apa beza vSphere , ESXi dan vCenter?

 


Selalunya bila kita sebut vSphere kita maksudkan hypervisor . Untuk bahasa pasar di sisi jurutera di pusat data, ini tiada masalah. Kita faham apa yang kita maksudkan. Akan tetapi kalau nak jawab peperiksaan VCP-DCV terminology kena betul.

vSphere ialah virtualization suite dari VMware. Di bawah vSphere ada macam-macam product seperti ESXI, vCenter, Web Client dan macam-macam lagi

ESXI = vSphere hypervisor. Ia merupakan hypervisor. Hypervisor adalah sesuatu perisian yang membolehkan sistem operasi maya di akan di atasnya. Hypervisor ada 2 jenis. Type-1 dan Type-2. ESXI merupakan hypervisor type-1. Ianya di pasang terus diatas pelayan fizikal tanpa sistem operasi. Adapun hypervisor Type-2, ia memerlukan sistem operasi. Contoh hypervisor Type-2 ialah Oracle VirualBox dan Microsoft Hyper-V

vCenter ialah perisian untuk mengawal sekumpulan ESXI. Dengan adanya vCenter ESXI boleh diklusterkan. vCenter ini dipasang didalam salah satu ESXI. 


Semoga bermanfaat.

Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...