Sunday 22 August 2021

Memindahkan sijil vaksinasi kepada tanggungan

Amaran:  Kalau ada masalah dengan mysejahtera boleh hubung help line mySejahter. Kaedah ini adalah hasil dari cuba-jaya. Segala kerosakan disebabkan oleh kaedah ini kena tanggung sendiri.

 Salah satu masalah sijil vaksinasi ialah untuk mereka yang mendaftarkan tanggungan ( dependent ) pada fon mereka, sijil vaksinasi tu kelak akan berada pada fon mereka apabila vaksinasi telah selesai 2 dos. Tutorial kali ini ialah kaifiat untuk memindahkan sijil tersebut kepada fon tanggungan.

Terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada Heng untuk RnDkan kaedah ini, Nina untuk cuba dan isteri saya yang dikasihi untuk beri saya kesempatan untuk melakukan pemindahan sijil ini.

Pada tutorial ini saya akan pindahkan sijil dan maklumat isteri pada fon saya kepada fon beliau.


1. Saya perlu padam tanggungan vaksin pada mySejahtera di fon saya. Langkah-lankahnya adalah seperti berikut.






2. Langkah seterusnya ialah pada fon yang kedua, iaitu fon isteri saya. Pada fon ini saya kena refresh profil dan mendaftar vaksinisasi lagi sekali.


refresh profil





Mendaftar semula maklumat vaksinisasi






Jika berjaya nanti maklumat vaksinasi akan ada. 


Di profil juga akan ada sijil vaksinisasi



Sekian :)

No comments:

Post a Comment

Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...