Monday 10 August 2020

Apa beza NFV dengan VNF?



NFV bermaksud Network Functions Virtualization . Ianya adalah kerangka ( framework) untuk membina struktur rangkaian secara maya bagi membolehkan servis komunikasi. NFV terdiri daripada 3 komponen utama iaitu VNF ( Virtual Network Function), NFVI ( NFV Infrasturcture) dan MANO ( Management and Ochestration).

VNF bermaksud Virtual Network Function. Ianya adalah satu komponen servis rangkaian yang telah dimayakan ( virtualized ) untuk menggantikan servis yang lakukan oleh pelayan fizikal ataupun sesuatu alat "appliance".

Semoga bermanfaat.

Monday 3 August 2020

Macam mana nak ssh ke guest OS di VirtualBox

Salah satu kesulitan pada Sistem Operasi yang tak ada GUI ialah ia tiada clipboard. Oleh itu kita tidak boleh cut and paste kepadanya di dalam VirtualBox. Workaround untuk ini ialah ssh kepadanya. Untuk ssh kepada Sistem Operasi di dalam VirtualBox ialah dengan menggunakan port forwarding seperti berikut


Buka setting Sistem Operasi yang kita hendak ssh ( klik ikon Settings )

Klik "Network", Tetapkan "Attached to" sebagai NAT  dan klik "Advance". Kemudia klik "Port Forwarding"


Tetapkan nilai seperti berikut. Host Port boleh jadi apa-apa nilai besar yang tidak digunakan di host. 

Sekarang kita boleh ssh dari terminal ke Sistem Operasi di dalam VirtualBox. Gunakan port yang di tetapkan pada langkah sebelum ini. Pada contoh ini saya menggunakan port 2022


semoga bermanfaat

Kamus untuk jurutera Telco Cloud



CSP = Communication Service Provider

MANO = Management and Orchestration

VIM = Virtualize Infrastructure Manager

VNF = Virtual Network Function

VNFM = Virtual Network Function Manager

NFVO = Network Function Virtualization Orchestrator

NFVI = Network Function Virtualization Infrastructure

OSS = Operation Support System

BSS = Business Support System

ETSI = European Telecommunication Standard Institute

EMS = Element management system

Saturday 1 August 2020

Apa it "telco cloud"?



"Telco cloud" ialah "could" atau pun "cloud computing" untuk sumber rangkaian operator telekomunikasi. Tatacara yang biasa ialah dengan menggunakan hardware khusus untuk setiap service seperti 3G/4G , LTE, Voice, SMS dan sebagainya. Tatacara "Telco Cloud" pula akan menggantikan hardware khusus ini kepada sofware yang akan dijalankan di atas teknologi "cloud computing" seperti hypervisor atau pun Kubernetes.


Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...