Tuesday 2 February 2021

Apa itu VMware NSX?

Apa itu NSX? 

Pada zaman dahulu semua benda fizikal. Pelayan fizikal (Physical Server) dan produk rangkaian seperti router, switch dan firewall pun fizikal. Kemudian datang teknologi untuk virtualizekan pelayan seperti VMware Hypervisor, KVM dan Oracle Virtualbox dan M$ Hyper-V. VMware NSX adalah teknologi untuk virtualizekan produk-produk rankaian dalam satu produk. Ia boleh buat router, switch, port dan firewall dalam bentuk software. Oleh itu ianya lebih mudah untuk upgrade dan tambah kekuatan ( scale up)

Apa beza NSX-V dan NSX-T?

NSX-V adalah versi NSX yang awal. NSX-V atau pun nama penuhnya NSX for vSphere menggambarkan kebolehanya. Ianya hanya boleh digunakan untuk VMware vSphere sahaja. Dikatakan VMware tidak lagi membangunkan versi baru untuk NSX-V

NSX-T adalah versi NSX yang terkini.  Nama penuhnya ialah "NSX Transformers" !!!!!...


Salah seorang Sifu VMware saya mengatakan T pada NSX-T itu boleh bermaksud "Third Party". Ini kerana NSX-T bukan sahaja boleh menguruskan rangkaian VMware vSphere, malah dia boleh menguruskan macam-macam produk seperti KVM, Docker, Kubernetes, Openstack dan AWS workloads. Sila layari yang berikut untuk maklumat lanjut 

https://www.vmware.com/products/nsx.html



No comments:

Post a Comment

Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...