Jika korang nak Mesin Maya (Virtual Machine) atas Macbook M1 secara percuma, boleh cuba UTM https://mac.getutm.app/ . Ada 2 versi. Satu dari App Store dan satu download dari Github. Keduanya sama sahaja cuma yang dari App Store kena bayar dan bayaran tu untuk support pembikinan aplikasi ini.
- Nak pasang macam biasa, download dia punya dmg dan drag masuk kedalam app
- Pastu pilih image apa yang nak guna https://mac.getutm.app/gallery/ . Boleh download dan ada image yang boleh run direct. Saya cuba Arch Linux...
3. Pastu picit butang play
4. Login. Untuk buatkan pacman boleh berfungsi larikan arahan ini dulu
pacman -Syu update
5. Kali ini saya cuba install screenfetch dan menggunakannya
pacman -S screenfetch
No comments:
Post a Comment