Monday 30 November 2020

Apakah perbezaan di antara "collaborate" dan "cooperate"

 Di tempat kerja kita selalu menggunakan perkataan ini bila kita cakap orang putih. Tapi apakah perbezaanya? 


Collaborate = 1 + 1 > 1

Collaborate ialah bila kita berkerja sama untuk mencapai matlamat yang sama. 

Contoh ( diinspirasikan dari kisah sebenar aplikasi Percaya :) : 

Jurutera Devops menyediakan K8s( Kubernetes ) yang mempunyai beberapa node. Pengaturcara membuat aplikasi yang cloud native iaitu jika satu node K8s mati, aplikasi itu boleh pindah ke node K8s yang lain. Pengaturcara dan jurutera devops berkerja sama untuk memastikan uptime untuk sesuatu aplikasi mantap. Satu matlamat.


Cooperate = 1 + 1 < 1

Cooperate ialah bila kita memberi kerja sama untuk membantu orang lain mencapai matlamatnya.

Contoh:

Jurutera devops hendak menaik taraf versi K8s. Dia memerlukan bantuan pasukan firewall untuk buka beberapa polisi firewall. Setelah pasukan firewall telah membuka firewall, jurutera devop boleh mula kerja dan siapkan kerja naik taraf tersebut. Jurutera devops and pasukan firewall ada 2 matlamat yang berbeza. Jurutera devops hendak menaik taraf K8s manakala pasukan firewall hendak membuka firewall yang dipinta oleh jurutera devops.

1 comment:

Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...