Saturday 4 April 2020

Khilaf dalam pemahaman apa itu Linux

Sesetengah orang menganggap Linux ialah sistem operasi. Ini sebenarnya salah! Linux sebenarnya hanyalah kernel kepada sistem operasi dan bukanya sebuah sistem operasi.

Sistem operasi yang berasaskan Linux dipanggil Linux Distribution ataupun lebih dikenali dengan nama singkatan Distro. Ini barulah sistem operasi!!!!

Di antara Distro yang terkenal termasuk Red Hat Linux, Suse Linux, Ubuntu Linux dan Fedora.

Mungkin ada yang berpendapat apa salahnya kata Linux itu sistem operasi kerana kernel sistem operasi dan sistem operasi 2 benda yang sangat rapat . Mohon rujuk kepada buah Durian. Ada beza tak biji durian dengan buah durian walaupun dua-dua ini sangat rapat? Biji buah durian tak boleh makan dan isi buahnya boleh dimakan. Semestinya dua benda ini tak sama.

Saya katakan kernel sistem operasi seperti biji buah durian dan isinya ialah sistem operasi yang bermanfaat. Kulit buah durian pula adalah pelindung. Kalau tak ada pun tak apa. Ini sama macam lesen Enterprise support :p

Untuk maklulat lanjut berkenaan Linux, sila layari https://www.kernel.org/

Semoga bermanfaat


No comments:

Post a Comment

Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...