Thursday, 30 June 2022

Macam mana nak buat tetikus ambik satu pane aja kat tmux

Secara lalai kalau tmux terbelah kepada 2 skrin, bila kita sorot ( highlight), nanti dia akan ambil kedua-dua skrin.



Mana ada org nak sorot dua2 skirn macam tu pasal nanti bila tampal akan jadi sampah. Untuk sorot satu skrin jer buat pilihan yg berikut pada iTerm2 ( Edit > Selection Respect Soft Boundaries )


Lepas tu dah boleh sorot satu skrin jer . Selamat mencuba




Tuesday, 28 June 2022

warna-warni git pager

Macam mana nak kasi git ada kaler? Kita set git pager kepada less yang boleh keluarkan kalerlah

Larikan arahan berikut

git config --global core.pager 'less -R'


Coba yang berikut, kalau jadi nanti ada kaler

git log

Contoh:



Friday, 10 June 2022

Kalau backspace tak jalan kat tmux dari macbook punya zsh

Secara lalai tmux akan guna terminal tmux-256color. Macbook punya punya ZSH tak de ni. So bile run tmux nanti ada beberapa masalah rendering. Yang paling menyakitkan hati ialah tak boleh nak backspace. Nak betulkan masalah nie kena set tmux punya default terminal kepada yang ada kat Macbook. 

Buat file .tmux.conf pada home directory dan isikan yang ni

set -g default-terminal "xterm-256color"
Lepas tu kena restart terminal atau kill tmux!



Friday, 27 May 2022

Macam mana nak menyulitkan cakera keras

 Ada pelbagai cara nak menyulitkan cakera keras. Dia antaranya adalah seperti berikut:-


Linux: LUKS (including swap)

macOS: FileVault

Windows: BitLocker


Langkah2 untuk macOS sangat mudah dan bergaya :)

Pilih () System Preferences, dan klik Security & Privacy.

Klik FileVault tab.

Klik mangga dan masukan kata kekunci

Klik Turn On FileVault.




Monday, 23 May 2022

Macam mana nak rekod skrin di Macbook

 Macbook datang sekali dengan Quicktime yang sangat ohsem. Kita boleh guna ni untuk record


1. Cari Quicktime


2. Pilih record screen



3. Nak hentikan rakaman nanti boleh klik butang stop kat bar atas. Klik tu dan rakaman atan dihentikan. Lokasi lalai untuk fail rakaman ialah di Desktop


Contoh rakaman



Friday, 20 May 2022

Macam mana nak buat docker image x86 di Macbook M1?

 



Secara lalai, jika kita buat docker image di M1, ia akan buat docker image untuk M1 a.k.a ARM

docker build -t mynginx .

Kalau nak buat  Docker image untuk x86 di M1, kena tambah --platform=linux/amd64

docker build --platform=linux/amd64 -t mynginx .


Tested on Centos7:






Tuesday, 10 May 2022

sed inplace Mac vs Linux

Ada beza sed inplace dia Mac dan Linux. sed in place di Mac wajib ada backup!!! Kalau tak letak backup nanti dapat error "undefined label". 


Mac

sed -i '.bak' 's/lama/baru/g' namafail


Mac ( kalau berdegil tak nak backup kena letak extension kosong )

sed -i '' 's/lama/baru/g' namafail


Linux ( tak perlu backup )

sed -i 's/lama/baru/g' namafail


Linux ( kalau nak backup)

sed -ibak 's/lama/baru/g' namafail


Rujukan Manpage Sed Mac ( kiri)  dan Manpage Sed Linux (kanan)




Saturday, 23 April 2022

Tiada lagi konsep minimize aplikasi di Fedora 35

Fedora telah membuang fungsi minimize di pengurus tetingkapnya yang bernama Silverblue. Oleh itu jangan terkejut kalau tak de opsyen untuk minimize applikasi.. 


Pengganti konsep minimize di Fedora ialah menyorok. Untuk menyorokan aplikasi yang sedang terpampang kita boleh sorokan dia di belakang tabir ( background) . Tekan Power Key( aka Windows Key) + H


Selamat mencuba :)

Macam mana nak install Google Chrome at Fedora kaedah CLI

 

 

1. Pasang repo Google Chrome

sudo dnf install fedora-workstation-repositories

 

2. Bolehkan repo Google Chrome

sudo dnf config-manager --set-enabled google-chrome

 

3. Install Google Chrome

sudo dnf install google-chrome-stable

Macam mana nak install M$ Teams at Fedora 35

1. Tetapkan dnf repo untuk M$ Teams

Login ke root

sudo -i

 

Salin yg berikut dan tampal di terminal

cat << EOF > /etc/yum.repos.d/teams.repo 
[teams]
name=teams
baseurl=https://packages.microsoft.com/yumrepos/ms-teams
enabled=1
gpgcheck=1
gpgkey=https://packages.microsoft.com/keys/microsoft.asc
EOF

 

2. Import repo tu punya GPG key

sudo rpm --import https://packages.microsoft.com/keys/microsoft.asc

 

3. Pasangkan aplikasi teams

dnf check-update
dnf install teams

 

4. Boleh cuba teams


 


Friday, 22 April 2022

Macam mana nak install pulsesecure di Fedora 35

Dapatkan installer pulsesecure dari Team Sekuriti di tempat anda bekerja seperti berikut




1. Install Plusesecure client

sudo rpm -ivh 'Pulse Secure Installer (Linux 64-bit)CentOSRHEL platforms 9.1.13.11723.rpm'

 * jika ada missing library nanti Fedora akan suggest install library tersebut. Ikutkan jer


2.Install Chrome Embedded Framework

sudo /opt/pulsesecure/bin/setup_cef.sh install

 

3. Edit /etc/nsswitch.conf Pastikan selepas file di host ada dns seperti berikut

hosts:      files dns ................

 

4. Tetapan  VPN

Klik ikon PulseUI


 

Isi apa yg patut



Hubungkanlah ia dengan mengklik "connect". Jika berjaya akan nampak status "Connected"


Cuba layari laman sesawang dalaman



 

Memantau Linux dengan atop

Katakan kita nak tau aplikasi apa yang guna CPU tinggi pada 3 pagi tadi.Cara paling mudah ialah dengan menggunakan atop. atop macam top tapi...