Wednesday, 4 September 2024

Memantau Linux dengan atop

Katakan kita nak tau aplikasi apa yang guna CPU tinggi pada 3 pagi tadi.Cara paling mudah ialah dengan menggunakan atop. atop macam top tapi dia lebih detail dan boleh run sebagai daemon untuk log apa resource yang di gunakan.

Install

yum install atop

Mulakan daemonnya

systemctl start atop

Baca Log atop

atop -r /var/log/atop/<nama log>


  • Tekan t untuk penggunaan 10 saat seterusnya



  • tekan T untuk penggunaan 10 saat kebelakang



Ringkasan atop 

  • a = susun ikut aktiviti
  • c = susun ikut penggunaanCPU
  • d = susun ikut penggunaan disk
  • m = susun ikut penggunaan memory
  • n = susun ikutpenggunaan network

Saturday, 17 August 2024

Tatacara teringkas untuk LaTeX di Macbook

LaTeX adalah sistem penyediaan dokumen yang digunakan secara meluas dalam penulisan akademik dan penerbitan ilmiah. Secara amnya, dokumen LaTeX ditulis mengikut sintaksnya dan dikompil untuk menghasilkan fail PDF atau sebagainya. 


1. Pasang LaTeX

brew install --cask mactex


2. Mulakan sesi terminal baru dan tulis fail input LaTex. Fail input LaTex merupakan text fail biasa dengan menggunakan ext .tex. Tulis satu file bernama hello.tex and isikan yang berikut 

\documentclass{article}
\begin{document}
Hello, world!
\end{document}


3. Ouput lalai untuk LaTex adalah fail pdf. Larikan arahan berikut untuk dapatkan hasil fail pdf

xelatex hello.tex


4. Untuk melihat hasli pdf larikan arahan berikut

open hello.pdf


5. Untuk keterangan lanjut boleh dapatkan pada dokument ini

Friday, 19 January 2024

Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

 


Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh buat ini dengan mudah. Iaitu kita boleh klon pelayan asal. Cara-caranya adalah seperti berikut


1. Plih pelayan yang hendak diklon dan buat snapshot baginya

2. Bina pelayan klon dari snapshot itu

3. Process klon megambil sedikit masa. Apabila selesai, pelayan klon boleh digunakan


Semoga bermanfaat.



Thursday, 28 December 2023

Macam mana untuk memohon penutupan account Unifi di lama selfcare mereka sekitar tahun 2023 Masihi

How to terminate Unifi account as of 2023 

Yeah... dah jumpa cara untuk terminate account Unifi!!!



Berikut adalah langkah2 untuk memohon penutupan account Unifi di sesawang selfcare portal mereka. Cari account yang nak ditutup, click "View Service" yang ada pada account tersebut. 


Tatal ke bawah sehingga berjumpa pautan "Request Termination". Klik pautan tersebut. 



Lepas tu sila hadap cerita sedih mereka yang sesal kita nak tutup account, beberapa borang and soalan-soalan. Perlu diingatkan ini baru "permohonan untuk pembatalan ye" bukan pembatalan. Ianya mengambil masa ye seperti yang dinyatakan oleh mereka


Teruskan usaha sehingga sampai ke laman pengesahan "permohonan untuk pembatalan".


Sekian terima kasih. Semoga dipermudahkan urusan kita semua. Ameen



Thursday, 14 December 2023

Tekan-tekan tak dapat

 

Gambar: AI bing/create

Hari ni aku cuba untuk grep keluaran dari curl dengan opsyen verbose. Aku cuba 2-3 kali tapi tak dapat. Apa hal ni?!!!@#$%^ .. Aku pun google la sebab apa. Rupanya keluaran dari curl bukan pada stdout tapi pada stderr. Tapi grep hanya boleh tangkap keluaran pada stdout. Oleh itu kita kena buat keluaran curl pada stdout dengan opsyen "--stderr -".

Contoh berikut ialah untuk grep siapa yang keluarkan cert untuk google.com

# curl -vvv -s https://www.google.com --stderr - | grep issuer
*     issuer: CN=GTS CA 1C3,O=Google Trust Services LLC,C=US

Semoga bemanfaat.


Thursday, 28 September 2023

Red Hat Openshift certification path

 


Kursus and ujian untuk pengiktirafan Openshift 2023/2024

Apa yang baru ialah Ujian EX180 digantikan dengan PE180. Kalau tengok silibus PE180 macam dah tak de soalan podman.

# Kursus Ujian Nama
1 DO280 PE180 Preliminary in Red Hat OpenShift Administration
2 DO280 EX280 Certified OpenShift Administrator
3 DO380 EX380 Certified Specialist in OpenShift Automation and Integration

Semoga bermanfaat

Macam mana nak install Red Hat Openshif kat Macbook dan lokal yang lain




Kali ni saya ingin konsikan cara nak install Openshift kat Macbook atau Laptop ( Linux dan Windows). Versi ini dinamakan "Red Hat Openshift Local". Kita boleh guna ni untuk belajar dan kerja-kerja pembangunan ( developtment)


Log masuk https://console.redhat.com menggunakan  RHN id. Kalau tak de boleh daftar dulu. Ianya percuma. 




Layari

https://console.redhat.com/openshift/create/local


Pilihlah jenis komputer yang dikehendaki



Bacaan Lanjut:

Wednesday, 27 September 2023

Goyang 2 jari untuk widget

Berikut adalah cara untuk tambah widget di Macbook Sonoma:

Klik Desktop dengan 2 jari -> "Edit Widgets.." -> seret apa-apa widget yang dikehendaki ke Desktop




Widget tu akan "grey out" bila tak digunakan. Nicekan?

Oleh kerana background dah cool kita akan selalu ke desktop dan lock screen. Berikut adalah shotcut yang akan sering digunakan:

Untuk minimize semua window dan kembali ke desktop boleh lakukan ini "Option + Command + M

Untuk lock screen : "Control + Command + Q"

Semoga bermanfaat. 




Sunday, 24 September 2023

Macam mana nak buat iPad sebagai paparan ke2 Macbook

Bagi membuat iPad sebagai paparan kedua pada teknologi Apple dikenali sebagai "sidecar". Untuk "Jangan baca, terlalu panjang" boleh layari sesawang rasminya. Tapi kena baca juga untuk tetapan wajib yang perlu dibuat di iPad

https://support.apple.com/en-my/guide/mac-help/mchlf3c6f7ae/mac#:~:text=On%20your%20Mac%2C%20choose%20Apple,may%20need%20to%20scroll%20down.)&text=pop%2Dup%20menu%20on%20the,Centre%20to%20set%20up%20Sidecar.


Setelah membuat tetapan di iPad, buatlah tetapan yang berikut di Macbook


Kemudian  iPad boleh digunakan sebagai paparan kedua ( 2nd Display ).



Semoga bermanfaat.


Friday, 26 May 2023

Mesin Maya untuk Macbook M1

Jika korang nak Mesin Maya (Virtual Machine) atas Macbook M1 secara percuma, boleh cuba UTM https://mac.getutm.app/ . Ada 2 versi. Satu dari App Store dan satu download dari Github. Keduanya sama sahaja cuma yang dari App Store kena bayar dan bayaran tu untuk support pembikinan aplikasi ini. 

  1. Nak pasang macam biasa, download dia punya dmg dan drag masuk kedalam app
  2. Pastu pilih image apa yang nak guna https://mac.getutm.app/gallery/ . Boleh download dan ada image yang boleh run direct. Saya cuba Arch Linux...
       

3. Pastu picit butang play 


4. Login. Untuk buatkan pacman boleh berfungsi larikan arahan ini dulu

pacman -Syu update


5. Kali ini saya cuba install screenfetch dan menggunakannya

pacman -S screenfetch




Wednesday, 18 January 2023

Jika git tak jalan kat macbook m1 lepas update ke Ventura 13.1


Jika  menaik taraf ke Ventura 13.1, git berkemungkinan akan rosak dengan ralat yang berikut 
❯ git pull
xcrun: error: invalid active developer path (/Library/Developer/CommandLineTools), missing xcrun at: /Library/Developer/CommandLineTools/usr/bin/xcrun
❯ git status
xcrun: error: invalid active developer path (/Library/Developer/CommandLineTools), missing xcrun at: /Library/Developer/CommandLineTools/usr/bin/xcrun

Untuk baiki ralat ini , pasangkan Command Line Tool untuk xcode yang berikut
xcode-select --install

Dari pada masalah ini kita tau yang Git kat macbook adalah sebahagin dari Command Line Tools untuk xcode
❯ git -v
git version 2.37.1 (Apple Git-137.1)


Selamat bergembira kembali dengan git anda


Rujukan

Memantau Linux dengan atop

Katakan kita nak tau aplikasi apa yang guna CPU tinggi pada 3 pagi tadi.Cara paling mudah ialah dengan menggunakan atop. atop macam top tapi...