Monday 27 April 2020

Melangkah ke alam Archlinux bahagian 1

Muqaddimah: Saya ada sebuah laptop lama Acer Egg 1GHz Celeron dan 1.8 GB memory. OS asalnya windows versi apa tah, tak ingat . Komputer ni lembab ya amat sampai anak-anak saya pun tak sudi nak gunakannya walaupun untuk menonton youtube. Saya cuba selamatkan dengan install Fedora 29 dulu. Fedora dengan full bang Gnome amat azab untuk Acer Egg ni. Tapi lebih baik dari OS windows nya. Sekarang laptop ni tak digunakan oleh anak-anak saya kerana saya dah beli sebuah laptop refurbish yang sesuai dengan zaman ini untuk mereka :). So ada peluang untuk cuba OS yang lebih ringan . Semestinya OS yang ringan itu kurang applikasinya dan mesti kena tabah nak harungi langkah-langkah yang wajib di lakukan. Setelah buat kajian, saya pilih Arch linux. Ianya memang dibina untuk jadi ringan dan komunitinya nampak aktif.

 Langkah pertama ialah untuk bakar isonya dan boot

1. Muat turun iso Arch linux dari https://www.archlinux.org/download/ . Saya ambik mirror dari Indonesia
wget http://mirror.labkom.id/archlinux/iso/2020.04.01/archlinux-2020.04.01-x86_64.iso


2. Download md5sums.txt untuk check iso tu ok ke tak..

wget http://mirror.labkom.id/archlinux/iso/2020.04.01/md5sums.txt


cara nak check, larikan command ini di directory yang ada iso dan md5sums.txt tu

grep iso md5sums.txt | md5sum -c

[jeffry@hulkbuster Downloads]$ grep iso md5sums.txt | md5sum -c

archlinux-2020.04.01-x86_64.iso: OK



3. Cucuk usb dan pastikan nama disk . Seperti di komputer saya usb yang di cucuk ialah /dev/sdb 

[jeffry@hulkbuster Downloads]$ df -h
Filesystem                               Size  Used Avail Use% Mounted on
devtmpfs                                 7.8G     0  7.8G   0% /dev
tmpfs                                    7.8G  234M  7.6G   3% /dev/shm
tmpfs                                    7.8G  2.0M  7.8G   1% /run
tmpfs                                    7.8G     0  7.8G   0% /sys/fs/cgroup
/dev/mapper/fedora_localhost--live-root   69G   27G   39G  42% /
tmpfs                                    7.8G  748K  7.8G   1% /tmp
/dev/sda6                                976M  147M  762M  17% /boot
/dev/mapper/fedora_localhost--live-home  180G   14G  157G   9% /home
/dev/sda5                                599M   20M  580M   4% /boot/efi
tmpfs                                    1.6G  156K  1.6G   1% /run/user/1000
/dev/sdb                                 1.8G  9.8M  1.8G   1% /run/media/jeffry/1794217D42A5DB8C

4. unmount usb tersebut dan bakar guna command dd

 umount /run/media/jeffry/1794217D42A5DB8C

dd bs=4M if=./archlinux-2020.04.01-x86_64.iso of=/dev/sdb status=progress oflag=sync

[jeffry@hulkbuster Downloads]$ sudo dd bs=4M if=./archlinux-2020.04.01-x86_64.iso of=/dev/sdb status=progress oflag=sync
680525824 bytes (681 MB, 649 MiB) copied, 152 s, 4.5 MB/s
162+1 records in
162+1 records out
680525824 bytes (681 MB, 649 MiB) copied, 152.336 s, 4.5 MB/s


5. Cubaan pertama untuk boot pena usb nie gagal!!. Ini kerana bios laptop ini enable security boot. Selepas dah disable security boot baru boleh boot usb ini :-

Tengok dia punya boot menu pun dah seram kan? Tapi untuk sebahagian orang ini bukan seram tapi stim! :)

No comments:

Post a Comment

Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...