Tuesday 28 April 2020

Melangkah ke alam Archlinux bahagian 2

Kali ini saya akan kongsikan langkah-langkah yang saya rumuskan untuk install Archlinux di laptop Acer egg daripada beberapa cubaan yang telah saya lakukan. Saya suka install tanpa internet kerana tak suka installation yang dilembabkan oleh network yang lembab


Pemasangan Archlinux tanpa Internet

1. Boot pen usb yang telah dibakar dengan iso Archlinux. Pilih pilihan yang pertama:-




2. Buat  partition di cakera keras dengan menggunakan fdisk seperti dibawah.

fdisk /dev/sda

Saya punya partition sangat ringkas. Sila rujuk dokumen fdisk untuk cara penggunaanya

/dev/sda1         500MB ( untuk boot )
/dev/sda2         8GB ( untuk swap)
/dev/sda3         yang bakinya ( untuk / )

3. Format partition mengikut format yang berikut:-

sda1 untuk boot . Oleh itu kena pakai filesystem dos. Kalau tak grub( boot loader ) tak boleh nak install di atasnya.
mkfs.fat -F32 /dev/sda1

sda2 untuk swap. Oleh itu buat swap dan guna swap tersebut
mkswap /dev/sda2

swapon /dev/sda2

sda3 untuk root partition /
mkfs.ext4 /dev/sdX1

4. Mount filesystem yang telah di buat di /mnt
mount /dev/sd3 /mnt

mkdir /mnt/boot/efi

mount /dev/sd1 /mnt/boot/efi

5. Salin  fail-fail yang diperlukan  seperti cli tools and linux kernel dari live-boot usb ker directory /mnt
cp -ax / /mnt

cp -vaT /run/archiso/bootmnt/arch/boot/$(uname -m)/vmlinuz /mnt/boot/vmlinuz-linux

6. Isikan fstab dengan command berikut
genfstab -U /mnt >> /mnt/etc/fstab

7. Chroot ke /mnt
arch-chroot /mnt /bin/bash

8. Padamkan service dan fail-fail  yang tak diperlukan dari live-boot usb
systemctl disable pacman-init.service choose-mirror.service
rm -r /etc/systemd/system/{choose-mirror.service,pacman-init.service,etc-pacman.d-gnupg.mount,getty@tty1.service.d}
rm /etc/systemd/scripts/choose-mirror
rm /etc/systemd/system/getty@tty1.service.d/autologin.conf
rm /root/{.automated_script.sh,.zlogin}
rm /etc/mkinitcpio-archiso.conf
rm -r /etc/initcpio

9. Tetap kan kata kekunci root
passwd

10. Install boot loader . Saya suka grub
grub-install --target=x86_64-efi --bootloader-id=GRUB --efi-directory=/boot/efi
grub-mkconfig -o /boot/grub/grub.cfg

11. Keluar dari chroot dan reboot
exit
shutdown now

13. Jangan lupa cabut live-usb tu. Pergi ke bios (F2 di Acer egg) dan tetapkan file UEFI untuk boot. Save dan reboot



14. Tada... kalau semu OK, akan sampai ke GRUB boot loader dan boleh login :)


Alhamdulillah boleh login :)

Lepas ni nak configure wifi supaya boleh install barang dari internet dan X server untuk windows manager dan desktop environment. In sha Allah 

No comments:

Post a Comment

Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...