Wednesday 13 May 2020

Macam mana nak buka dan tutup port di iptables ( Centos7, RHEL7, Fedora31 )

Pada zaman dahulu kita boleh suka-suka hati disable kan iptables untuk pelayan-pelayan dalaman seperti pelayan development. Tapi sekarang iptables wajib!!! terutamanya bagi pelayan yang ada Docker. Docker perlukan iptables untuk routing networknya kalau tak de iptables Docker tak jalan. Oleh itu kita kena belajar macam mana nak buka dan tutup port yang dikehendaki.


Untuk buka port 8080 sila larikan arahan yang berikut.

sudo firewall-cmd --zone=public --add-port=8080/tcp --permanent
sudo firewall-cmd --reload


Untuk pastikan port 8080 telah dibuka, larikan arahan yang berikut. Jika berjaya, akan nampak port 8080 dibenarkan di chain IN_public_allow:-

sudo iptables -nL IN_public_allow

contoh:
[S54034@VBCKUBKBXJH307 ~]$ sudo iptables -nL IN_public_allow
Chain IN_public_allow (1 references)
target     prot opt source               destination         
ACCEPT     tcp  --  0.0.0.0/0            0.0.0.0/0            tcp dpt:22 ctstate NEW
ACCEPT     tcp  --  0.0.0.0/0            0.0.0.0/0            tcp dpt:8080 ctstate NEW


Untuk tutup port 8080 sila larikan arahan yang berikut

sudo firewall-cmd --zone=public --remove-port=8080/tcp
sudo firewall-cmd --runtime-to-permanent 
sudo firewall-cmd --reload

Untuk pastikan port 8080 telah ditutup, larikan arahan yang berikut. Jika berjaya, tiada lagi port 8080 di chain IN_public_allow:-

sudo iptables -nL IN_public_allow

contoh:
[S54034@VBCKUBKBXJH307 ~]$ sudo iptables -nL IN_public_allow
Chain IN_public_allow (1 references)
target     prot opt source               destination         
ACCEPT     tcp  --  0.0.0.0/0            0.0.0.0/0            tcp dpt:22 ctstate NEW


No comments:

Post a Comment

Tatacara klon pelayan di AWS lightsail

  Kadang-kala kita diminta untuk buat satu sistem baru untuk tujuan ujikaji atau percubaan fungsi baru. Jika di AWS lightsail kita boleh bua...