Friday, 26 May 2023

Mesin Maya untuk Macbook M1

Jika korang nak Mesin Maya (Virtual Machine) atas Macbook M1 secara percuma, boleh cuba UTM https://mac.getutm.app/ . Ada 2 versi. Satu dari App Store dan satu download dari Github. Keduanya sama sahaja cuma yang dari App Store kena bayar dan bayaran tu untuk support pembikinan aplikasi ini. 

  1. Nak pasang macam biasa, download dia punya dmg dan drag masuk kedalam app
  2. Pastu pilih image apa yang nak guna https://mac.getutm.app/gallery/ . Boleh download dan ada image yang boleh run direct. Saya cuba Arch Linux...
       

3. Pastu picit butang play 


4. Login. Untuk buatkan pacman boleh berfungsi larikan arahan ini dulu

pacman -Syu update


5. Kali ini saya cuba install screenfetch dan menggunakannya

pacman -S screenfetch




Wednesday, 18 January 2023

Jika git tak jalan kat macbook m1 lepas update ke Ventura 13.1


Jika  menaik taraf ke Ventura 13.1, git berkemungkinan akan rosak dengan ralat yang berikut 
❯ git pull
xcrun: error: invalid active developer path (/Library/Developer/CommandLineTools), missing xcrun at: /Library/Developer/CommandLineTools/usr/bin/xcrun
❯ git status
xcrun: error: invalid active developer path (/Library/Developer/CommandLineTools), missing xcrun at: /Library/Developer/CommandLineTools/usr/bin/xcrun

Untuk baiki ralat ini , pasangkan Command Line Tool untuk xcode yang berikut
xcode-select --install

Dari pada masalah ini kita tau yang Git kat macbook adalah sebahagin dari Command Line Tools untuk xcode
❯ git -v
git version 2.37.1 (Apple Git-137.1)


Selamat bergembira kembali dengan git anda


Rujukan

Wednesday, 4 January 2023

dotnet 6 di Rocky Linux

 


Jika install dotnet 6 kat Rocky linux menggunakan M$ repo, ada kemungkinan dotnet 6 tak jalan dengan error pelik2. Mungkin salah satu sebab M$ tak sokong Rocky linux secara rasmi.

https://learn.microsoft.com/en-us/dotnet/core/install/linux


Semalam dah kena, dotnet dah install tapi tak jumpa sdk. Solution dia adalah to exclude dotnet kat repo microsoft dan install dotnet dari repo rocky linux


exclude=dotnet*
Semoga bermanfaat

Tuesday, 27 December 2022

Membuat swapulih service pada SystemD


 

Pada masa lampau kita perlukan perkakas seperti supervisord atau monit untuk mengadakan fungsi swapulih. Untuk Linux yang moden yang menggunakan SystemD, ini boleh diadakan dengan hanya menambah nilai yang berikut pada SystemD unit file. Contoh yang berikut membuatkan servis nginx swapulih.


Tambah yang berikut pada unit file nginx

/lib/systemd/system/nginx.service

[Service]

.

.

Restart=on-failure

Kemudian reload SystemD

 systemctl daemon-reload


Boleh cuba untuk kill service nginx...tak mati punya :)




Semoga bermanfaat

Sunday, 2 October 2022

Jalan pintas nak ubah saiz tmux pane pada macOS



Secara lalai ( untuk org Linux) jalan pintas untuk ubah saiz pane tmux ialah

ctrl+b + ctrl + anak panah


Akan tetapi 'buah silat' ini tidak berfungsi pada macOS pasal ctrl + anak panah sudah ada kerja lain iaitu untuk menyusun tetingkap yang aktif. Untuk macOS boleh gunakan yang berikut

ctrl+b + esc + anak panah


Semoga bermanfaat

Monday, 26 September 2022

Macam mana nak ada "home folder" pada kesukaan "Finder"

 Secara lalai tiada maklumat "home folder" pada aplikasi "Finder". Untuk dapatkan "home folder" di "Finder" bolehlah lakukan yang berikut:


1. Buka "Finder"

2.  Finder -> Preferences -> Sidebar dan pilih gambar rumah yang ada nama pengguna anda

3. Lepas tu akan ada laluan pintas ke "home folder" pada "sidebar Finder"



Monday, 19 September 2022

Lompat-lompat dengan SSH Tunnel dan Jump Host



Kita boleh gunakan SSH Tunnel untuk mencapai servis yang terhalang oleh firewall sekiranya SSH ada kebenaran.

1. [anda] -> [pelayan]

Arahan berikut membolehkan untuk access port 80 di pelayan pada port 8080 di komputer sendiri

ssh pengguna@pelayan.com -L 8080:localhost:80

2. Jika perlu guna Jump Host : [anda] -> [Jump Host] -> [pelayan]
Arahan berikut membolehkan untuk access port 80 di pelayan pada port 8080 di komputer sendiri melalui Jump Host
 ssh -J penggunajh@jumphost.com pengguna@pelayan.com -L 8080:localhost:80
Semoga bermanfaat

Wednesday, 24 August 2022

interactive comments di macbook

 Kalau nak 

setopt interactive_comments

Kalau nak perment kena letak kat zshrc or profile

Kalau tak nak 

unsetopt interactive_comments
Contoh:
❯ echo "Hello World" # interactive comments
Hello World # interactive comments
❯ setopt interactive_comments
❯ echo "Hello World" # interactive comments
Hello World
❯ unsetopt interactive_comments
❯ echo "Hello World" # interactive comments
Hello World # interactive comments

Sunday, 21 August 2022

Tak payah pakai watch bagai untuk kubectl

Arahan kubectl ada build in watch untuk melarikan dirinya secara berterusan. Ini sama macam guna arahan "watch kubectl ....". 

kubectl <arahan yang di kehendaki> --watch

Contoh:

root@controlplane ~ ➜  kubectl get pod -n kube-flannel --watch
NAME                    READY   STATUS    RESTARTS   AGE
kube-flannel-ds-hxt6x   1/1     Running   0          10m
kube-flannel-ds-xcm8b   1/1     Running   0          10m

Semoga bermanfaat. Sekian

Thursday, 18 August 2022

kesana-kesini pada terminal

 



Kadang-kadang letih nak tekan-tekan anak panah dari hujung ke hujung arahan yang panjang. ZSH dan BASH ada shortcut yang kita boleh pakai

control+A : Pergi ke awal arahan

control+E: Pergi ke akhir arahan.



Tuesday, 9 August 2022

Domain bodo-bodo ( dummy domain ) untuk digunakan

 Hari ni saya terjumpa domain localtest.me dalam macbook. Pening jugak dari celah mana datang domain ni pasal tak ada dalam DNS and /etc/hosts. Rupa-rupanya semua OS modern ada benda ni. Domain ni boleh digunakan oleh pembangun (developer) untuk test apa-apa aplikasi yang perlukan domain tanpa susah-susah nak kena edit /etc/hosts.

Semua *.localtest.me boleh digunakan. Cuba yang berikut di OS anda

ping  localtest.me

ping apa-apa.localtest.me

ping kl.localtest.me

Screenshot dari macbook saya 




 Semoga bermanfaat.

Memantau Linux dengan atop

Katakan kita nak tau aplikasi apa yang guna CPU tinggi pada 3 pagi tadi.Cara paling mudah ialah dengan menggunakan atop. atop macam top tapi...