Friday, 26 March 2021

Macam mana nak batalkan email yang dah terhantar di Outlook/Exchange

 Alamak terhantar!!!! Jika pejabat anda menggunakan Outlook/Exchange, anda boleh batalkan email tersebut sekiranya penerima belum membuka email tersebut. Caranya adalah seperti berikut


1. Pergi ke Sent Item

2. Klik "Action" di Bar di bahagian atas

3. Klick "Recall This Message"



Semoga anda terselamat :)

Monday, 1 March 2021

Macam mana nak curl nama Domain pada IP yang tiada di DNS

 Kadang-kadang kita ada keperluan untuk curl sesuatu IP tapi nak guna nama domain . Cara yang tersohor ialah kita tetapkan IP dan nama Domain di /etc/hosts. Kali ini saya nak kongsikan cara sebaris!!! bak kata om puteh "one liner"

curl https://DOMAIN.TLD --resolve "DOMAIN.TLD:443:IP_ADDRESS"
Contoh:




Monday, 15 February 2021

Macam mana nak buat pod atau deployment tanpa yml

 Di dalam peperiksaan CKA kita tak ada masa untuk buat yaml bagai. Kita perlu tahu bagaimana hendak buat pod atau deployment tanpa yaml.


Contoh soalan:

1. Sila buat pod dengan nama "nginx-1" dengan menggunakan image "nginx:latest"

kubectl run nginx-1 --image=nginx:latest

2. Sila buat deployment dengan nama "application-1" dengan menggunakan image "busybox" dan mempunyai 3 replica

kubectl create deployment application-1 --image=busybox --replicas=3

semoga bermanfaat

Wednesday, 3 February 2021

Apa itu VMware vROPS?

 vROPS atau pun nama penuhnya VMware Realize Operations ada tool untuk melihat prestasi ( performance) dan kapasiti sesuatu infra. vROPS boleh menjaga VM, physical server, Hypervisor, Kubernetes, private cloud, public cloud and hybrid dalam satu dashboard!!!


Baca lagi disini:

https://www.vmware.com/asean/products/vrealize-operations.html


Bagaimana untuk monitor physical server

https://docs.vmware.com/en/VMware-vRealize-Operations-Cloud/services/config-guide/GUID-F6F28E11-A5C2-46AC-860D-4F0324E8ADC0.html


Bagaimana untuk monitor TKGI/PKS/Kubernetes

https://blogs.vmware.com/management/2020/06/monitor-tanzu-kubernetes-clusters-using-vrealize-operations.html



Tuesday, 2 February 2021

Apa itu VMware NSX?

Apa itu NSX? 

Pada zaman dahulu semua benda fizikal. Pelayan fizikal (Physical Server) dan produk rangkaian seperti router, switch dan firewall pun fizikal. Kemudian datang teknologi untuk virtualizekan pelayan seperti VMware Hypervisor, KVM dan Oracle Virtualbox dan M$ Hyper-V. VMware NSX adalah teknologi untuk virtualizekan produk-produk rankaian dalam satu produk. Ia boleh buat router, switch, port dan firewall dalam bentuk software. Oleh itu ianya lebih mudah untuk upgrade dan tambah kekuatan ( scale up)

Apa beza NSX-V dan NSX-T?

NSX-V adalah versi NSX yang awal. NSX-V atau pun nama penuhnya NSX for vSphere menggambarkan kebolehanya. Ianya hanya boleh digunakan untuk VMware vSphere sahaja. Dikatakan VMware tidak lagi membangunkan versi baru untuk NSX-V

NSX-T adalah versi NSX yang terkini.  Nama penuhnya ialah "NSX Transformers" !!!!!...


Salah seorang Sifu VMware saya mengatakan T pada NSX-T itu boleh bermaksud "Third Party". Ini kerana NSX-T bukan sahaja boleh menguruskan rangkaian VMware vSphere, malah dia boleh menguruskan macam-macam produk seperti KVM, Docker, Kubernetes, Openstack dan AWS workloads. Sila layari yang berikut untuk maklumat lanjut 

https://www.vmware.com/products/nsx.html



Monday, 1 February 2021

Syarikat System Integrator untuk Kubernetes





Ini untuk syarikat SI( System Integrator) atau yang nak jadi SI untuk Kubernetes, sekurang-kurangnya kena ada 3 orang jurutera system yang ada CKA baru company tu layak nak masuk grup Kubernetes Certified Service Provider.( KCSP)


Apa bestnya KCSP ni?

1. Nama company tu akan terpampang kat  https://kubernetes.io/partners/ .

2. Di iktiraf sebagai pelopor dan pakar dalam bidang Kubernetes


baca lagi di https://www.cncf.io/certification/kcsp/


Monday, 18 January 2021

Bagaimana hendak update K8s cluster tanpa login ke TKGI

Untuk upgrade K8s di TKGI, cara yang biasa ialah dengan menggunakan arahan yang berikut:-

Login: tkgi -u <username> -a <API URL> 
Upgrade: tkgi upgrade-cluster <clustername>

Cara yang luar biasa ialah kebolehan untuk upgrade cluster tanpa login ke tkgi. Cara ini memerlukan kita login ke BOSH CLI. 

Login: Login ke BOSH CLI. Ini bergantung kepada setup di tempat kerja anda
Upgrade:

1. Buat manifest file
bosh -d <deployment name> manifest > <nama file>.yml

2. Deploy manifest file tadi
bosh deploy -d <deployment name> <nama file>.yml



Wednesday, 2 December 2020

Macam mana nak pastikan jenis dan model server tanpa root?

 Untuk Linux yang modern kita boleh larikan command yang berikut untuk tau jenis dan model server tanpa akaun root:-

Jenis

cat /sys/devices/virtual/dmi/id/sys_vendor

Model

cat /sys/devices/virtual/dmi/id/product_name

Tuesday, 1 December 2020

Kesan tembikai pada SLA


 

Kesan Tembikai atau pun "The Watermelon Effect" ialah keadaan bila yang memberi servis mencapai SLA akan tetapi yang menggunakan servis itu tidak berpuas hati. Yang memberi servis boleh dikatakan syok sendiri. Contoh, suatu syarikat siaran TV. Katakan ia mempunyai SLA 99% uptime dan ia berjaya mencapai uptime tersebut. Akan tetapi 1% downtime tu berlaku pada musim Piala Dunia bola sepak atau pun pada perlawanan Khabib Nurmagomedov. Sudah tentu pengguna syarikat siaran TV itu tidak akan rasa gembira. Ini sama seperti buah tembikai. Kulitnya hijau ( SLA pemberi servis hijau) akan tetapi isinya merah ( Pengguna hangin )


Untuk elakan kesan tembikai ini pemberi servis kena bekerja sama dengan pengguna untuk mendapatkan SLA yang betul. Pemberi servis tak boleh syok sendiri

Monday, 30 November 2020

Apakah perbezaan di antara "collaborate" dan "cooperate"

 Di tempat kerja kita selalu menggunakan perkataan ini bila kita cakap orang putih. Tapi apakah perbezaanya? 


Collaborate = 1 + 1 > 1

Collaborate ialah bila kita berkerja sama untuk mencapai matlamat yang sama. 

Contoh ( diinspirasikan dari kisah sebenar aplikasi Percaya :) : 

Jurutera Devops menyediakan K8s( Kubernetes ) yang mempunyai beberapa node. Pengaturcara membuat aplikasi yang cloud native iaitu jika satu node K8s mati, aplikasi itu boleh pindah ke node K8s yang lain. Pengaturcara dan jurutera devops berkerja sama untuk memastikan uptime untuk sesuatu aplikasi mantap. Satu matlamat.


Cooperate = 1 + 1 < 1

Cooperate ialah bila kita memberi kerja sama untuk membantu orang lain mencapai matlamatnya.

Contoh:

Jurutera devops hendak menaik taraf versi K8s. Dia memerlukan bantuan pasukan firewall untuk buka beberapa polisi firewall. Setelah pasukan firewall telah membuka firewall, jurutera devop boleh mula kerja dan siapkan kerja naik taraf tersebut. Jurutera devops and pasukan firewall ada 2 matlamat yang berbeza. Jurutera devops hendak menaik taraf K8s manakala pasukan firewall hendak membuka firewall yang dipinta oleh jurutera devops.

Android studio ada masalan sdk license not accepted

Jika kali pertama menggunakan Android Studio, kemungkinan akan terkena ralat "SDK license not accepted". Ini berlaku bila kita nak kompile apa-apa project Android:



Yang paling sakit hati bila official documentation tak sebut pun tatacara untuk selesaikan isu ini. Nak kena google juga. Untuk selesaikan masalah ini pergi ke folder Android SDK. Secara lalai ianya akan berada pada lokasi:
C:\Users\<User Name>\AppData\Local\Android\Sdk\tool\bin

dan larikan command berikut and "accept" semua licenses
sdkmanager --licenses




Memantau Linux dengan atop

Katakan kita nak tau aplikasi apa yang guna CPU tinggi pada 3 pagi tadi.Cara paling mudah ialah dengan menggunakan atop. atop macam top tapi...