Thursday, 7 May 2020

Macam mana nak masukan aksara ke beberapa barisan di dalam VIM

Katakan kita ada kod sumber yang berikut dan kita nak letak "#" pada setiap pangkal barisan untuk komen...




Bawa cursor ke baris pertama pada bahagian yang hendak dikerjakan. Macam dalam contoh ni saya tekan k banyak kali sampai ke baris pertama tu




Tekan "CTRL + v" untuk masuk ke mode "VISUAL BLOCK"



Tekan "j" untuk menurunkan cursor sambil memilih barisan apa yang nak dikerjakan. Pada contoh di bawah saya nak turun sampai barisan terakhir




Kemudian tekan "Shift + i" untuk masuk block insert mode dan kemudian tulis apa yang dituliskan. Pada contoh di bawah saya tulis "#komen# ". Ia akan nampak di barisan pertama dahulu




Tekan "ESC" untuk keluar dari insert mode. Apabila keluar sahaja dari mode tersebut , perkataan "#komen# " akan ada pada setiap barisan automagically



Semoga bermanfaat :)

No comments:

Post a Comment

Memantau Linux dengan atop

Katakan kita nak tau aplikasi apa yang guna CPU tinggi pada 3 pagi tadi.Cara paling mudah ialah dengan menggunakan atop. atop macam top tapi...